Tuesday, May 11, 2010

Pembuka Bicara

Ramai antara kita pernah melalui situasi di jalan raya yang mana hampir kemalangan atau terbabas disebabkan sikap sesetengah pemandu yang berlumba atau mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain.Golongan seperti ini agaknya tiada orang yang menyayangi mereka atau pun hidup sebatang kara di dunia ini.Jika tidak,kenapa mereka memandu seolah-olah jika mereka mati pun tak kisah sebab tiada orang yang peduli.

Masalahnya,mereka melibatkan orang lain yang tidak bersalah dalam hal mereka.Orang lain ada keluarga yang menunggu di rumah.Isteri atau suami,anak-anak,ibu ayah,dan ahli keluarga lain yang menanti.Bayangkan pula jika mereka inilah yang menjadi ketua keluarga mencari rezeki untuk insan tersayang.Jika mereka tiada,apa akan terjadi kepada keluarga di rumah?

Di sini saya ingin menjemput anda semua bagi membendung masalah demikian.Sekiranya anda ternampak individu yang melakukan kesalahan jalan raya,kalau boleh ambil gambar mereka semasa melakukan kesalahan itu dan hantarkan di sini.Moga-moga dengan cara tersebut dapat menyedarkan golongan ini dari terus membahayakan orang lain...InsyaAllah.